TAHNIAH!!
KEPADA SEMUA YANG TELAH MENJAYAKAN
SUKANEKA TMP.

Sunday, July 4, 2010

SINAR HARIAN : BLOG, FACEBOOK ERAT KEJIRANAN




KUANTAN - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Mahkota Putra di sini mengambil inisiatif menggunakan teknologi untuk mengeratkan hubungan kejiranan melalui laman sosial Facebook dan blog.

Pengerusi KRT Taman Mahkota Putra, Leftenan Kolonel (B) Nor Hashim Abdul Aziz berkata, dengan laman sosial Facebook dan blog ini segala aktiviti taman dapat diuar-uarkan sesuai dengan gaya semasa.

Menurutnya, penggunaan laman sosial dan blog dapat mengatasi masalah kekurangan masa untuk beramah mesra antara satu sama lain disebabkan kerja dan urusan seharian yang padat.

"Kita semua sedia maklum dengan penduduk di kawasan bandar sibuk terutamanya di taman-taman kerana masing-masing mempunyai jadual tersendiri untuk meningkatkan taraf hidup.

"Semua tahu akan penggunaan internet dan KRT di sini mengambil kesempatan mewujudkan blog dan akaun laman sosial ini bagi menyebarkan maklumat berkaitan kepada penduduk taman sekiranya tidak dapat berjumpa.

"Selain itu, laman sosial yang digunakan juga dapat memberi maklumat mengenai keselamatan dan pelbagai kaedah yang harus diketahui supaya kepimpinan KRT dapat diselaras dan diperluaskan", katanya.

Beliau berharap penduduk taman di sekitar sama ada yang tinggal di rumah sendiri atau menyewa dapat mengeratkan hubungan mereka melalui kaedah ini.

"Ini kehendak semasa, walau apa pun saya berharap penduduk menggunakan peluang dan ruang yang ada ini untuk berkomunikasi antara satu sama lain bagi mendapatkan maklumat.

"Kita akan selalu mengemas kini laman sosial untuk menyebarkan maklumat kepada penduduk dan dalam masa yang sama boleh mengutarakan pendapat masing-masing untuk meningkatkan semangat kejiranan KRT di sini bagi kepentingan bersama", katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.

Blog dan akau laman sosial KRT Taman Mahkota Putra ini boleh dilayari di http://mahkotaputra.blogspot.com atau http://www.facebook.com/mahkotaputra.

Petikan dari: Sinar Harian Ahad 04 Julai 2010

Saturday, July 3, 2010

KEMPEN HARI KESELAMATAN

Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi dengan agenda yang lebih menarik dan berfaedah untuk seluruh penghuni Taman Mahkota Putra.

Walaupun kedatangan penghuni masih dibawah paras 50% namun program berjaya diteruskan dengan jayanya. Di harapkan semua penghuni dapat memberi kerjasama untuk setiap program pada masa hadapan.

Bersama samalah kita mengukuhkan perpaduan dan mengeratkan tali persaudaraan sesama penghuni.