TAHNIAH!!
KEPADA SEMUA YANG TELAH MENJAYAKAN
SUKANEKA TMP.

Saturday, June 26, 2010

PERLAWANAN BOLASEPAK TMP VS SMART

Pada petang Sabtu, 26hb Jun 2010 satu perlawanan persahabatan antara pasukan TMP dan pasukan campuran SMART telah berjaya dilansungkan di Stadium DarulMakmur Kuantan.
En. Shaifol sedang memberi penerangan taktikal kepada semua pemain.

Sesi bersalam sebelum perlawanan bermula. Semuanya nampak bersemangat. Bukan semua orang boleh bermain kat stadium ni, yang terpilih dan pro saja layak. hehe

Pemain utama sedang menyiapkan diri. go TMP go!.

Bergambar kenangan sebelum perlawanan bermula.


Pasukan TMP. Tahniah kepada semua ahli pasukan kerana berjaya mengharungi perlawanan yang sangat kompetitif. Walaupun padang latihan pasukan TMP tidak begitu elok namun ahli pasukan tetap berdisplin dan bersemangat setiap petang bersama sama berlatih disamping anak anak muda TMP.

Thursday, June 24, 2010

BOLA SEPAK LAGI!!!

"1 perlawanan persahabatan bola sepak 11-sebelah diantara pasukan KRT Taman Mahkota Putra menentang Jambul-ani FC dari Afrika Selatan akan diadakan di Stadium Darul Makmur pada 26/06/2010 jam 5.00 ptg. Sebarang pertanyaan boleh di rujuk pada Ketua Biro Sukan KRT TMP (Tn. Hj. Rosli ). Diharap yang para pemain TMP dapat memantapkan ketahanan fizikal dan mental masing2 dan dapat memulakan latihan intensif mulai esok di padang TMP. Ahli keluarga serta warga TMP dijemput hadir pada hari perlawanan tersebut bagi memberi sokongan moral pada pasukan TMP." - Abu Bakar Mohd Ali

Wednesday, June 23, 2010

KEMPEN HARI KESELAMATAN



Sila datang beramai ramai bagi memeriahkan majlis. Jamuan pagi akan disediakan. Semua penduduk juga dialu alukan untuk membawa sebarang jenis kuih.