TAHNIAH!!
KEPADA SEMUA YANG TELAH MENJAYAKAN
SUKANEKA TMP.

Sunday, April 10, 2011

HARI KELUARGA & SUKANEKA TMP 2011







AJK KRT TMP telah berjaya mengadakan hari keluarga dan sukaneka pada 10 April 2011. Tujuan majlis diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara penduduk. Berbagai acara telah dijalankan seperti teka bilangan biji betik, terompah gergasi, tiub belon, boling padang dll. Semua peringkat umur dapat enjoy bermain sebab acara dibahagi kepada beberapa kategori seperti kategori dewasa, wanita, remaja dan kanak-kanak.

Yang penting kerja keras AJK Hari Keluarga dan Sukaneka yang telah dilantik dan kerjasama semua penduduk TMP amat membanggakan sekali. Pengerusi Sukaneka Hari Keluarga amat terharu melihat AJK yang terlibat amat komited sekali dalam menjayakan majlis tersebut sehingga masing-masing sanggup mengorbankan hari cuti mereka. Warga TMP mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas penat lelah mereka-mereka yang menjayakan majlis tersebut.


Saturday, March 26, 2011

STIKER KENDERAAN

Untuk kemudahan dan keselamatan penduduk pada masa hadapan, KRT Taman Mahkota Putra telah melancarkan stiker untuk kenderaan. Sila dapatkan stiker kenderaan anda. RM2.00 sekeping atau beli 3 keping dengan harga RM5.00.

Sila berhubung dengan:

Nama: En. Mohd Fadli bin Musa
HP: 019-2208140

Sunday, September 26, 2010

Ahad, 26hb September 2010. Majlis jamuan hari raya aidilfitri KRT TMP telah berlalu dengan jayanya. Terima kasih kepada seluruh penduduk dan juga AJK KRT TMP. Jamuan bermula pada pukul 2 petang dan berakhir pada jam 5 petang dengan berbagai hidangan disediakan seperti kambing bakar, laksa, cendol dan berbagai kuih muih.