TAHNIAH!!
KEPADA SEMUA YANG TELAH MENJAYAKAN
SUKANEKA TMP.

Thursday, April 29, 2010

KEMPEN HARI KESELAMATAN

Malam semalam 28 April 2010, bertempat di rumah sewa En Asri telah diadakan mesyuarat ajk krt. Ahli ajk krt telah bersetuju untuk mengadakan Kempen Hari Keselamatan bersama bomba dan jabatan kesihatan pada hari Sabtu, 29 Mei 2010.

Ahli ajk juga telah bersetuju untuk mengumpul maklumat penduduk mahkota putra bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan penduduk dan sikap kenal mengenali sesama penduduk. Oleh itu satu bancian isirumah akan diadakan pada masa yg terdekat. Semoga penduduk Taman Mahkota Putra akan memberi kerjasama untuk keselesaan dan kesejahteraan bersama.